BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 6 April 2011

"MAkE me StrOng"

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Muhammad s.a.w. Allah Pencipta sekalian makhluk, Maha Agung yang tiada suatu apapun yang sebanding denganNya. Dialah Maha hebat, Tuhan menguasai, mentadbir seluruh alam tanpa memerlukan bantuan sesiapa pun.

Sujudlah kepada Tuhanmu tanda syukur... "Ya Allah jadikanlah kami orang yang bersyukur jauhkanlah kami daripada menjadi orang yang kufur...


dugaan Allah pada hambanya tanda kasih dan cinta-Nya pada kita. sesungguhnya kita seharusnya meletakkan sepenuh pengharapan pd Allah s.w.t. dia yang maha mengetahui stiap sesuatu…

MENGADU LAH PADA ALLAH.. ITU YG UTAMA...… ALLAH MAHA MENDENGAR...

… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
(albaqarah:286)

… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…
(alinsyirah:5&6)

::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::
(alimran:139)

Tabah dan kuatkan peganganmu walau sekuat mana ribut mengujimu. Dia pasti tidak akan mensia-siakan mujahadahmu. Usah putus asa..yakin pada NYA...!!!!!!

Bersabarlah wahai hati..
Letakkan sepenuh pengharapan mu pada NYA.
Yakin dengan penuh keimanan pada NYA.
Dia Tuhan yang Maha Penyayang dan Pengasih pada hambaNya.
Teruskan berdoa dan berusaha.


SALAM SYG BUAT SEMUA

Saturday, 2 April 2011

SeJenAk KiTa RenUnG KAN................

Sejenak kita renungkan dalam diri kita. Pejamkan mata kita. Lihatlah pada diri masing-masing.
Pohon hati apakah yang telah kita tumbuhkan dalam dunia hati kita?


Bagaimanakah selama ini kita menjalani kehidupan kita?
Sudahkan selama ini kita menjadikan kehidupan kita benar2 mengabdikan diri kepada ALLAH?
IKLAS kah hati kita kepada Allah?

Lihatlah diri kita ketika MUSIBBAH itu datang. Berapa sering kita keluh kesal ? Malah, kita menyalahkan pula Allah kerana menurunkan dugaan sedemikian rupa. Kita tak dapat menerima takdir Allah..
Kita menyesali semua yang ada dalam hidup kita, seolah kita tidak pernah rasa puas dengan segala apa yang kita ada..

Kita X menyedari sebenarnya hati kita yang sedang jauh dari Allah.
Hati kita yang saat itu X mampu merasakan bahwa Allah itu dekat dengan kehidupan kita.

Marilah kita ucapkan istiqhfar kepada Allah.
Mari kita memohon ampun kepada Allah...
ASTAGFIRULALHAL'AZIM........


TIDAK SEKALI KU INGINI
TIDAK KU MAHU BEGINI JADI NYA
HIDUP KU HANYA SEKALI
BERSERAH AKU HANYA PADA NYA.....

Friday, 1 April 2011

dengar lah wahai para isteri.....

Jika kita mahu menjadi isteri atau wanita yang
benar-benar soleha serta diredhai Allah, maka
sahutlah seruan Rasulullah saw yang bermaksud:

"Apabila perempuan itu mengerjakan sembahyang
lima waktu dan mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan
menjaga farajnya (maruahnya) dan mentaati suaminya,
dikatakan padanya masuklah olehmu akan syurga daripada
mana-mana pintu yang kamu kehendaki"

Tidak gembirakah kita (kaum wanita) di atas jaminan
SYURGA dari Allah dan Rasulullah ke atas kita yang
memenuhi syarat-syarat tersebut? YAKIN LAH, empat
syarat di atas adalah tiket untuk melayakkan kita
menduduki syurga Allah di akhirat kelak yakni
menyempurnakan sembahyang lima waktu sehari semalam,
berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah diri
(menutup aurat) dan sebagainya dan mentaati segala
perintah suami.

Sekiranya empat syarat tersebut diabaikan, bermakna
kaum wanita menempah NERAKA, bermakna kita telah
merelakan diri kita dicampak ke dalam tempat yang
paling hina dan celaka. tahukah kita bahawa neraka itu
adalah seburuk-buruk tempat dan tempat yang paling
panas, paling pedih seksanya, di mana bahan-bahan
bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, manakala
makanannya pula terdiri daripada buah yang berduri dan
pahit. Minumannya pula terdiri daripada air-air danur
(nanah) dan darah yang hanyir dan busuk baunya.
Sanggupkah mencampakkan diri kita ke tempat yang
paling ngeri dan menggerunkan itu?

Cuba kita bayangkan betapa panasnya api neraka, 70
kali ganda panasnya dengan api yang ada di dunia ini.
mengikut riwayat yang mengatakan seringan-ringan seksa
dalam neraka ialah seksaan yang dikenakan kepada Abu
Talib (bapa saudara Nabi saw) di mana beliau diseksa
dengan memakai selipar dari api neraka sehingga
menggelegak otak kerana kepanasan selipar tersebut.
Bayangkanlah, mampukah kita yang kerdil-kerdil lagi
dhaif ini menerima azab yang sedemikian rupa di
akhirat kelak? Tanyalah diri masing-masing,
;mampukah aku menanggung azab yang sangat pedih
itu...?

Marilah kita sama-sama berjanji pada diri sendiri mahu tunduk
dan patuh pada segala perintah Allah.
Yakinlah bahawa hari kiamat pasti datang walaupun ada
yang tidak mahu menyahut kedatangannya. Beruntunglah
bagi orang-orang yang tahu matlamat dan tujuan ia
dihidupkan di muka bumi Allah ini? Beruntunglah bagi
mereka yang memenuhi usia muda dan tuanya dengan
beramal ibadah kepada yang Maha Esa kerana mereka
mendapat kasih sayang Allah di dunia lagi apatah lagi
di akhirat kelak, pasti mereka ini memperolehi
keuntungan dan kemenangan yang paling besar nilainya di
sisi Allah swt.

BUAT PERKONGSIAN BERSAMA...MUGA KTA PARA ISTERI MENDAPAT TEMPAT DI SYURGA ALLAH SWT..AMIN.