BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 1 April 2011

dengar lah wahai para isteri.....

Jika kita mahu menjadi isteri atau wanita yang
benar-benar soleha serta diredhai Allah, maka
sahutlah seruan Rasulullah saw yang bermaksud:

"Apabila perempuan itu mengerjakan sembahyang
lima waktu dan mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan
menjaga farajnya (maruahnya) dan mentaati suaminya,
dikatakan padanya masuklah olehmu akan syurga daripada
mana-mana pintu yang kamu kehendaki"

Tidak gembirakah kita (kaum wanita) di atas jaminan
SYURGA dari Allah dan Rasulullah ke atas kita yang
memenuhi syarat-syarat tersebut? YAKIN LAH, empat
syarat di atas adalah tiket untuk melayakkan kita
menduduki syurga Allah di akhirat kelak yakni
menyempurnakan sembahyang lima waktu sehari semalam,
berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah diri
(menutup aurat) dan sebagainya dan mentaati segala
perintah suami.

Sekiranya empat syarat tersebut diabaikan, bermakna
kaum wanita menempah NERAKA, bermakna kita telah
merelakan diri kita dicampak ke dalam tempat yang
paling hina dan celaka. tahukah kita bahawa neraka itu
adalah seburuk-buruk tempat dan tempat yang paling
panas, paling pedih seksanya, di mana bahan-bahan
bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, manakala
makanannya pula terdiri daripada buah yang berduri dan
pahit. Minumannya pula terdiri daripada air-air danur
(nanah) dan darah yang hanyir dan busuk baunya.
Sanggupkah mencampakkan diri kita ke tempat yang
paling ngeri dan menggerunkan itu?

Cuba kita bayangkan betapa panasnya api neraka, 70
kali ganda panasnya dengan api yang ada di dunia ini.
mengikut riwayat yang mengatakan seringan-ringan seksa
dalam neraka ialah seksaan yang dikenakan kepada Abu
Talib (bapa saudara Nabi saw) di mana beliau diseksa
dengan memakai selipar dari api neraka sehingga
menggelegak otak kerana kepanasan selipar tersebut.
Bayangkanlah, mampukah kita yang kerdil-kerdil lagi
dhaif ini menerima azab yang sedemikian rupa di
akhirat kelak? Tanyalah diri masing-masing,
;mampukah aku menanggung azab yang sangat pedih
itu...?

Marilah kita sama-sama berjanji pada diri sendiri mahu tunduk
dan patuh pada segala perintah Allah.
Yakinlah bahawa hari kiamat pasti datang walaupun ada
yang tidak mahu menyahut kedatangannya. Beruntunglah
bagi orang-orang yang tahu matlamat dan tujuan ia
dihidupkan di muka bumi Allah ini? Beruntunglah bagi
mereka yang memenuhi usia muda dan tuanya dengan
beramal ibadah kepada yang Maha Esa kerana mereka
mendapat kasih sayang Allah di dunia lagi apatah lagi
di akhirat kelak, pasti mereka ini memperolehi
keuntungan dan kemenangan yang paling besar nilainya di
sisi Allah swt.

BUAT PERKONGSIAN BERSAMA...MUGA KTA PARA ISTERI MENDAPAT TEMPAT DI SYURGA ALLAH SWT..AMIN.

0 comments: