BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 31 March 2011

SOLAT SUNAT DHUHA......

Seperti yg di ketahui byk kelebihan nye solat sunat dhuha.....jom lah kte sme2 memcari ruang utk melaku kan nye....(PESANAN UTK DIRI SENDIRI)




Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW:

"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah SAW bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."

Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda:

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Lafaz Niat Solat Dhuha:


أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"

Doa:

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya.

Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Wasallam.

Thursday 24 March 2011

KONGSIKONGSI "ZIKIR PAGI DAN PETANG"

ASSALAMUALAIKUM.........!!!!!!
SESIBUK MANA PUN KTE..JGN LAH SMPAI XDE MSE NK BERZIKIR YE...SAMBIL MASAK PUN LEH BERZIKIR.TUL X..??JOM KTE KONGSIKONGSI ZIKIR......PILIH JE MNE YG NAK......SELAMAT BERZIKIR......:)

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ وَحْدَهُ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مَنْ لاَ نَبِيَّ بَعْدَهُ.

Segala puji bagi Allah yang maha Esa. Salawat dan salam ke atas Nabi yang tiada lagi nabi sesudahnya.

1

اَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ* اَللهُ لآ اِلَهَ إِلاَ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ ماَ فِى السَّماَوَاتِ وَماَ فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ ماَ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَماَ خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيْطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِماَ شآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّماَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُماَ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ .

“Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang berada di langit dan di bumi.Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah lagi Maha Tinggi dan Maha Agung”.

Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu pagi, diselamatkan dari jin sehingga ke petang. Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu petang, diselamatkan mereka hingga ke pagi. – (Riwayat al-Hakim).

2

بسم الله الر حمن الر حيم.

قُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ * اَللهُ الصَّمَدُ * لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ * وَلَمْ يَكُن لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ *

بسم الله الر حمن الر حيم.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ * مِن شَرِّ ماَ خَلَقَ * وَمِن شَرِّ غاَ سِقٍ إِذاَ وَقَبَ * وَمِن شَرِّ النَّفَّا ثاَتِ فِي الْعُقَدِ * وَمِن شَرِّ حاَسِدٍ إِذاَ حَسَدَ *

بسم الله الر حمن الر حيم.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ * مَلِكِ النَّاسِ * إِلَهِ النَّاسِ * مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ * اَلَّذَي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ * مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ * ×3

“Sesiapa yang mengucapkannya tiga kali pada waktu pagi dan petang, cukuplah ia dari pada segala-galanya.” – (Riwayat Abu Dawud dan at-Tirmidzi)



3

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ (أَمْسَيْنَا وَاَمْسَى) الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكَ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، رَبِّ اَسْأَلُكَ جَيْرَ مَا فِي هَذَا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ (هَذِهِ الْلَيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا)، وَاَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَوْمَ وَشَرَّ مَا بَعْدَهُ (هَذِهِ الْلَيْلَةِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهَا)، رَبِّ اَعُوذُبِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَسُوءِ الْكِبَرِ، رَبِّ اَعُوذُبِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ.

Telah berpagi-pagi kami, dan berpagi-pagi segala kerajaan itu milik Allah, segala puji bagi Allah. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kebaikan pada waktu pagi dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan pada pagi ini dan kejahatan sesudahnya. Ya Tuhanku! Aku berlindung kepada-Mu dari sifat malas dan keburukan pada hari tua. Ya Tuhanku! Aku berlindung kepada-Mu dari seksaan neraka dan seksaan kubur. – (Riwayat Muslim 4:2088)

4

اَللَّهُمَّ بِكَ اَصْبَحْنَا (أَمْسَيْنَا) ، وَبِكَ أَمْسَيْنَا (اَصْبَحْنَا)، وَبِكَ نَحْيَا، وَبِكَ نَمُوتُ وَاِلَيْكَ النُّشُورُ.

Ya Allah, dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu pagi, dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami memasuki waktu petang. Dan dengan rahmat dan pertolongan-Mu kami hidup dan dengan kehendak-Mu kami mati. Dan kepada-Mu kami dibangkitkan (semula). – (Riwayat Tirmidzi 5:466)

5

اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّي لاَ اِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَاَنَا عَبْدُكَ، وَاَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، اَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّمَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَاَبُوءُ بِذَنبِي فَغْفِرْلِي فَاِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبِ إِلاَّ أَنْتَ.

Ya Allah! Engkau adalah Tuhan ku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan taat setia kepada janjiku dengan-Mu sekadar kemampuanku, Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui di hadapan Engkau atas segala nikmat kurnia-Mu ke atas ku. Aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau.

Sesiapa yang mengucapkannya dengan penuh yakin pada waktu petang, maka jika ditakdirkan ia meninggal dunia pada waktu malamnya, ia memasuki syurga. demikian juga jika ia mengucapkannya pada waktu pagi. - (Riwayat Bukhari 7:150)

6

اَللَّهُمَّ إنِّي أَصْبَحْتُ(أَمْسَيْتُ) اُشْهِدُكَ وَاُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ، وَمَلآئِكَتَكَ وَجَمِيْعَ خَلْقِكَ،

أَنَّكَ اَنْتَ اللهُ لآ اِلَهَ اِلاَّ اَنْتَ، وَحْدَكَ لآ شَرِيْكَ لَكَ، وَاَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ. ×4

Ya Allah! Sesungguhnya aku bersaksi dengan Engkau di waktu pagi, malaikat yang memikul arasy Mu, malaikat-malaikat dan seluruh makhluk Mu, sesungguhnya Engkau adalah Allah, tiada Tuhan selain Engkau yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Mu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Mu.

Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu pagi atau petang 4 kali, Allah selamatkannya daripada neraka. – (Riwayat Abu Dawud 4:317)

7

اَللَّهُمَّ مَا اَصْبَحَ(أَمْسَيْ) بِي مِن نِّعْمَةٍ أَوْبِاَحَدٍ مِن خَلْقِكَ فَمِنْكَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ، فَبِكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ.

Ya Allah! Nikmat yang ku terima atau yang diterima oleh seseorang di antara makhluk-Mu di pagi ini adalah daripada-Mu. Maha Esa Engkau, tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala puji dan kepada-Mu dipanjatkan syukur.

Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu pagi, ia telah menunaikan kesyukurannya pada hari itu. Sesiapa yang mengucapkannya pada waktu petang, ia telah menunaikan kesyukuran pada malamnya. – (Riwayat Abu Dawud 4:318)

8

اَللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اَللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ، وَالْفَقْرِ، وَأَعُوذَ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ. ×3

Ya Allah! Sihatkan tubuh badanku. Ya Allah! Sihatkan pendengaranku. Ya Allah! Sihatkan penglihatanku. Tiada Tuhan berhak disembah melainkan Engkau. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kekafiran dan kefakiran. Aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur. Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. – (Riwayat Abu Dawud 4:324)

9

حَسْبِيَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ. ×7

Cukuplah Allah (sebagai pelindungku). Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Kepada-Nya aku bertawakkal. Dia lah Tuhan yang menguasai arasy yang agung.

Sesiapa yang megucapkannya pada waktu pagi dan petang sebanyak 7 kali, Allah cukupkannya apa yang ia hajatkan daripada urusan dunia dan akhirat – (Riwayat Ibnu al-Suniy : 71)

10

اَللَّهُمَّ أِنِّي أَسْاَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، اللَّهُمَّ اِنِّي اَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ: فِي دِينِي، وَدُّنْيَايَ، وَأَهْلِي وَمَالِي، اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِن رَوْعَاتِي، اَللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِن بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَن يَمِيِني، وَعَن شِمَالِي، وِمِن فَوْقِي، وَاَعُوذُ بِغَظَمَتِكَ أَن أَغْتَالَ مِن تَحْتِي.

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kemaafan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, kebajikan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepada-Mu kemaafan dan kesejahteraan pada agama, dunia, keluarga dan harta bendaku. Ya Allah! Tutuplah auratku, dan tenteramkanlah hatiku. Ya Allah! Peliharalah aku di sebelah hadapanku, belakangku, kananku, kiriku, dan di atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu agar tidak disambar dari sebelah bawah. – (Riwayat Abu Dawud dan Ibn Majah 2:332)

11

اَللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَيْءٍ وَمَلِيكَهُ، أَشْهَدُ أَن لاَّ اِلَهَ إِلاَّ اَنْتَ، أَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّنَفْسِي، وَمِن شَرِّ الشَّيْطَان وَشِرْكِهِ، وَاَنْ أَقْتَرِفَ عَلَى نَفْسِي سُوءًا، أَوْ أَجُرَّهُ إِلَى مُسْلِمٍ.

Ya Allah! Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, pencipta petala langit dan bumi, Tuhan yang menguasai segala sesuatu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku, daripada kejahatan syaitan dan konco-konconya agar aku tidak menjerumus diriku ke dalam kejahatan dan mengheret Muslim yang lain ke dalamnya. – (Riwayat at-Tirmidzi 3:142)

12
بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. ×3

Dengan nama Allah yang apabila sesuatu disebut dengan nama-Nya, ia tidak memberi mudharat samada yang berada di bumi atau di langit. Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Sesiapa yang mengucapkannya 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang, tiada sesuatu yang dapat memudaratkannya – (Riwayat Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibn Majah)

13
رَضِيْتُ بِا للهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا. ×3

Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam itu sebagai cara hidup, dan Muhammad SAW sebagai Nabi.

Sesiapa yang mengucapkannya 3 kali pada waktu pagi dan 3 kali pada waktu petang,adalah menjadi hak ke atas Allah untuk meredhainya pada hari kiamat – (Riwayat Ahmad dan an-Nasa’i)

14
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ اَسْتَغِيْثُ اَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ.

(Ya Allah!) Yang Maha Hidup, (Ya Allah!) Yang Maha Menguruskan (alam ini), Dengan rahmat-Mu aku memohon agar Engkau perbaiki segala urusanku dan jangan Engkau biarkan aku membuat keputusan sendiri walaupun sekelip mata. – (Riwayat al-Hakim)

15
اَصْبَحْنَا وَاَصْبَحَ (أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى) الْمُلْكُ لِلَّهِ رِبِّ الْعَالَمِيْنَ، اَللَّهُمَّ اِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذَا الْيَوْمِ: فَتْحَهُ، وَنَصْرَهُ، وَنُورَهُ، وَبَرَكَتَهُ، وَهُدَاهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِن شَرِّمَا فِيهِ وَشَرِّمَا بَعْدَهُ.

Telah berpagi-pagi kami, dan berpagi-pagi segala kerajaan itu milik Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan pada hari ini. Rahmat, kemenangan, cahaya, keberkatan dan petunjuk. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan yang terdapat di dalamnya dan kejahatan sesudahnya. – (Riwayat Abu Dawud 4:322)

16
أَصْبَحْنَا (أَمْسَيْنَا) عَلَى فِطْرَةِ الإِسْلاَمِ وَعَلَى كَلِمَةِ الإِخْلاَصِ، وَعَلَى دِيْنِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِيْنَا إِبْرَاهِيمَ، حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ.

Berpagi-pagi kami berada di atas fitrah Islam, berpegang dengan kalimah tauhid, menuruti agama Nabi kami Muhammad SAW dan tegak di atas milah moyang kami Ibrahim yang lurus dalam keadaan tunduk patuh menyerah diri. Tidaklah kami daripada golongan musyrikin. – (Riwayat Ahmad 3:406-407)

17
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ. ×100

Maha suci Allah, aku memuji-Nya. – (Riwayat Muslim 4:2071)

18
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. ×10

Tidak ada Tuhan selain Allah yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Sesiapa yang mengucapkannya 100 kali sehari menyamai 10 orang hamba. Ditulis baginya 100 kebaikan, dihapuskan 100 kejahatan. Baginya pada hari itu terpelihara dari syaitan sehingga ke petang. Tiada siapa yang datang lebih baik daripada apa yang dibawanya kecuali orang yang datang membawa amalan yang lebih banyak daripada itu. – (Riwayat Abu Dawud, Ibn Majah, dan Ahmad)

19
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ. ×3

Maha Suci Allah dan puji-pujian itu bagi-Nya sebanyak makhluknya, sejauh keredhaan-Nya, seberat timbangan arasy-Nya, dan sebanyak tinta kalimat-Nya.

Sesiapa yang mengucapkannya 100 kali pada waktu pagi dan petang, tiada seorang pun yang datang pada hari kiamat lebih baik daripada apa yang dibawanya, melainkan sesiapa yang datang seumpamanya atau lebih daripadanya. – (Riwayat Muslim 4:2090)

20
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْاَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً.

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-mu ilmu yang bermunafaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima. – (Riwayat Ibn Suniy)

21
أَسْتَغْفِرُ اللهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ. ×100

Aku memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya. – (Riwayat Bukhari)

22
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِن شَرِّمَا خَلَقَ. ×3

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada apa-apa kejahatan yang Dia ciptakan.

Sesiapa yang mengucapkan pada waktu petang 3 kali, tidak akan terkena demam pada malam itu. – (Riwayat Ahmad dan an-NaSa’i)

23
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ. ×10

Ya Allah! Limpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad.

Sesiapa yang berselawat ke atasku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. – (Riwayat at-Tabarani)

Wednesday 23 March 2011

lagu2 kegemaran ku........

malam ni xde nk cter pape...nk layan lagu2 je...bukan nye ape..nk bljr post lagu kat blog jer..tp sebelum dgr lagu kat entry ni,slow kan lah volume lagu latar blog ni dulu..g klik kat "MUSICDUMPPER",klau x nnti harubiru bunyi nyer....:)

lagu ni sgt best..lirik nye sgt menyentuh hati....




lagu ni pun best...mengingat kan kte akan kematian....



dgr lagu ni pulak....best..best..best......




cukup lah ye.....ASSALAMUALAIKUM........SELAMAT MALAM...:)

*MUGA HARI INI PENUH KEBERKATAN BUAT KITE SEMUA*

blog ina abg tumpang yer...kata "sharing is caring"..iyolah bang......:).

suami ku..!!!!!!...mungkin rmai kwn2 ku yg dh kenal dgn suami ku....yelah..mne x nye..jrg sekali aku kemana2 tanpa dia bersme...bukan dia xbg..bukan dia nk kontrol aku, tp aku yg sena nye malas nk kemana2 tanpa dia...kategori isteri manja..gedik terlampau lah aku ni....mwahahaha....(kek sapo lg nk manjo..nk gedik klau bukan kek laki sndiri kan...?dia pun melayan....tu pasal lah menjadi...



ni nk cter sikit pasal dia..dulu mse aku nk berfb....dia ckp okey jer...bole... asal kan tau jge batas2 berfb..jgn layan bende2 yg merapek...buat post yg elok2...dan paling penting tau pilih kwn...jgn layan klau ada yg nk mengatal(wah..takut jugak dia..)...jawab ku "okey bos" menurut perintah...pastu yg best nye sekalisekala dia gak menumpang nk wat post kat wall anak2 dia dari wal aku...hahahha..."sharing is caring' kata nya...

baru2 ni pulak aku ckp kat dia...

abang...ina nk wat blog lah leh x...?,nnti leh tulis apa2 cter kat blog..leh lah ina pot..pet..pot...pet...kat blog ble sorang2 kat umah.....aku dh tau pun apa yg dia nk jawab..saje je gedik nk tnya...hahaha...ada x spe2 yg leh teka apa yg suami ku nk ckp...??ada x...ada x..??

haaaaaa...ni dia jawapan dia......."BUAT LAH NA..nnti leh lah abg TUMPANG TAZKIRAH KAT BLOG INA "SHARING IS CARING" kan.......adoyaiiiiiii...iyolah bang.....

SOOOOO.....ptg ni aku tumpang kanlah tazkirah dari suami ku, utk perkongsian pembaca2 blog ku ini...sudi2..lah membace ye....

SALAM SAYANG DARI KU....ASSALAMUALAIKUM...


Muhasabah Nilai, jika ditanya mana yg lebeh bernilai iman atau kemewahan, persaudaraan atau hiburan ? Tentu ramai yang menjawab,” iman”. Namun itu yg kita fikirkan,tetapi apakah itu juga yg kita rasa ? Untuk menjawabnya secara jujur,mari kita semak beberapa “item” berikut :
Apa yg selalu kita fikirkan dan bimbangkan ?
Utk apa tenaga kita sering dihabiskan ?
Masa kita, kearah mana sering kita luangkan ?
Wang kita,utk apa sering kita belanjakan ?
Siapa wira kita yg sering menjadi sebutan & pujaan ?
Sekarang kita tahu apa jawapannya.Ada perbezaan besar antara apa yg kita jawab dgn akal dan yg kita “jawab” melalui perbuatan. Apakah benar iman itu lebih utama jika kebanyakan masa kita lebih kepada program hiburan berbanding program keimanan? Berapa banyak masa yg kita luangkan utk membaca Al-Quran berbanding membaca majalah hiburan yg sarat dgn mistik,gossip,tomahan dan berbagai bagai lagi.Dahulu,alasan yg sering diberikan, baca Al Quran kita tidak faham kerna dlm bahasa Arab, kini terdapat terjemahan dlm bahasa Malaysia,kenapa kita masih lagi tidak Khatam membacanya !!
Mengapa sesuatu perkara yg telah kita ketahui akan kebaikannya tetapi kita gagal melakukannya dan tetap melakukan sesuatu perbuatan walaupun telah kita akui keburukannya.
Dalam satu hari,berapa kali kita bimbang soal iman dan akhlak kita yg merosot berbanding pendapatan, gaji dan pelajaran kita yg dirasakan tidak cukup cukup? Berapa kalikah kita mengucapkan SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Astagafirullah !!
Titik tolak diri kita dalam semua perkara adalah melalui KESEDARAN. Perjalanan yg jauh itu bermula dgn langkah yg pertama, sentiasalah kita berhijrah diri kita kpd yg lebeh baik kerna semuanya utk diri kita sendiri. Allah pandang kita dgn keimanan dan ketakwaan. Yakinlah, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lagi Maha hebat.
Yang sempurna datangnya drp Allah,
Yang kurang adalah drp kesilapan diri saya sendiri.
Sama2lah kita memperbaiki diri dari yang terkurang.

Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu
Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu
hbn ….12RabiulAkhir1432 / 17Mac2011

Tuesday 22 March 2011

FB menemu kan kami........

FB oh FB.......apa itu FB....?????

huh......!!!!pening aku ble tgok budak2 ni dulu sume nye ber FB..spe sngka bende yg aku pening dulu skrg dh jadi peneman aku di rumah ni...malahan dh terbalik lak pulak kalau x ber FB aku lak yg leh pening kebosanan kat rumah ni...itulah kan..tulah pasal kalau nk ckp pape jgn ckp lebih2..berpada2 lah..:))

spe kata ber FB ni x elok...aku x setuju sme sekali.....yg x elok nye kalau kte yg x pandai menggunakan nye di jalan yg betul..tul x..?spe ckp betul...angkat tangan...hah tu ada yg angkat tgn kan...??syg dia......

pd aku byk cter manis sejak ber fb ni...aku jumpa rmai kwn2 baru...yg baik dan sekepala ngan ku...TEMAN aku bergurausenda tawa tangis bersme...mreka jugak lah teman aku berkongsi pendapat dan tazkirah....mcm2 ada...bahagia ny aku dgn mereka.......

DENGAN BANGGA NYA AKU PAPAR KAN PHOTO2 AKU NGAN MEREKA YG KU KENALI D FB...CHEWAAHHHHHHHHH.......!!!!!


kwn ku yg comel Fadzalah Khamis ada keserasian antara kami,ina syg dzala...

hah.......yg ni pulak 2 org akak ku yg sgt2 ku sayang...Faridah Adam n Haslina Hassan gurauan mu sentiasa rindui.....syg kamu....


ni dia adik kesygan ku dari SINGAPURA Hany Sharif....sentiasa ku rindu......

yg ini kwn ku yg penyayang dari JB Ann Arry.....ann..ina syg ann......

lagi sorang ni pulak org jauh.....dari BRUNEI....nme nya Linda...syg..syg..syg...lin...



yg ni spe ye....ni lah dia kwn ku ida...manjer je org nye....ble lah nk jumpa lagi ngan ida ni..


ni dia gmbr kami ngan kak has ngan abg lok nye...sporting tau abg lok ni...muke manis jer..dh 2 kali dtg umah ku tp....huwaaaaaa..sedih xmo cter......:(

jeng..jeng..jeng...siapa kah ini.....ni lah dia OKBJ kak faridah dan abg misai nye
abg razak....misai je tebal tu tp org nye berhati lembut...:)

yg ni pulak kwn2 FB ku dari Brunei..kak nooriah n noriza..biar pun kali pertama jumpa,mereka sgt2 mesra..buat aku terus jatuh syg pd mereka...dua2 pandai masak..rindu nk jumpa lagi..huhuhu....
akhir sekali ni pun ngan rakan FB Brunei ku jugak lin,kak noor dan ina....syg..syg..syg....semua........

akhir sekali DOA dan HARAPAN ku muga persahbatan yg terjalin akan terus berkekalan di bajai dgn penuh kshsyg dan penuh keiklasan...Buat sahabat2 FB yg belum sempat ku temui...aku sentiasa berdoa muga satu hari nnti kte akan d pertemu kan juga...

SALAM SAYANG DARI KU BUAT SAHABAT2 SEMUA......ASSALAMUALAIKUM.....MUUAAAHHHHHHH...<3

insan2 penyeri hidup ku....

setiap org pasti ada org2 yg tesyg di sekeliling mereka kan..??begitu juga aku...aku beruntung ada mereka.....aku sayang mereka..mereka segala2 nya bagi ku




...ada nye mereka lah aku jadi org yg bahagia dan sentiasa rasa di sayangi.

hanya pada mu ya ALLAH ku panjat kan rse KESYUKURAN kerana tanpa izin MU aku xkan dpt semua kebahagiaan ini......ALHAMDULILLAH....

DOA dan HARAPAN ku muga kebahagiaan yg ku miliki bersama insan2 yg ku sayang ini akan terus berpanjangan dan sentiasa mendapat keberkatan dari ALLAH SWT......AMIN....

Monday 21 March 2011

REUNION SHAROD 1980-1984--TEMA: “SILVER GLITTERS NITE” :)

Assalamualaikum....salam syg buat semua..ptg2 gini tgh wat per tu yer..?ce teka2 kte baru pas wat per...??teka je lah pape ye...asal kan korang bahagia......:)) tp kalau nk tau gak meh kte bgtau lah...mcm biasa lah dh duk sorg2 kat umah ni...dh selesai sume yg wjib..apa lg.....mse utk menonton.....kte tgok die pastu tau2 die yg tgok kite....mwahahaha......(ZZzzzzzzzz..tido lah....)

okey..ni nk story pasal "silver gliters nite" ni..seblum tu nk cter gak lah betapa gumbira nye hati ku berjumpa semula ngan geng2 lama..aissshhh..tul2 cam mmpi...byg kan lah dh 27 tahun x jumpa,,, akhirnye jumpa kembali..semua nye jumpa d "FACEBOOK"....cam nk berjurai airmata ble jumpa kembali kwn2 mse remaja..tiap2 hari aku belek wal kwn2 ku, nk tgok ghupe terbaru..byg kan lah last jumpa umur 15/16 thun ni tgok balik umur dh 44 thun..faham3 jelah kan perubahan bentuk mukabumi.....oppssssssssss......(jgn mare kwn2)tp yg aku bangga skli kwn2 aku masih berperangai sme mcm umor 15/16 tahun gak...sempoi, giler2 dan caring jer....i luv u kwn2.....muaahhhh..

tarikh/tmpt utk Reunion dh di pilih..dan jeng..jeng..jeng...tema nya pun dh di pilih.......hoyeeaahhhhhh.......!!!"SILVER GLITTERS NITE".......mak aiiiiii...part ni rmai yg poneng ni....termasuk lah aku...tgok ni post kngkawan aku pasal silver glitter ni...

TEMA: “SILVER GLITTERS NITE”
*Warna pakaian berdasarkan tema di atas – ala-ala kelabu(grey) dan berkilauan.

PENDAFTARAN:
Bermula jam 7.45 mlm hingga 8.15 mlm
*(Solat maghrib boleh dilakukan di Hotel mengikut masa masing-masing)


BERJUMPA KITA DI REUNION SHAROD 1980-1984 MITC HOTEL MELAKA……insyaallah

Najwa Isa Weeiii...silver glitters...korang nie menuakan kita seblm waktunyer....ambiklah warna ceria sikit..red ke...gold ke...

Roslinda Nayan Ini adalah pilihan rakan2 semasa mesyuarat....mane ade tuanye...glitters tu....blink2 lagi....lagi pun selepas 25 tahun.....sempena jubli perak la.....

Rahimah Suboh hehehe....NI kita baru 25 ler tuh....!!!

Roslinda Nayan Naj...kau buat baju glamour....blink2 lagi....letak diamond sana sini....sure cantik....mane de tua....mengalahkan datin nanti...

Norazah Daud saya lum dapat mesej dari halimah.sim card h/p dah rosak.esok baru dpt ganti yang baru.

Zakiah Ahmad azah join tak dinner nanti? Rindu sgt nak jumpa.....

Norazah Daud join le.....

Roslinda Nayan Azah...ade tak member2 yg lain duduk dekat2 rumah awak....ajak la mereka join....mcm abadaa, badriah, noraini wahab, arfah....

Siti Arfah Safaruddin i'allah geng..glittering nite..kalau i x gliter pun..i p..c u guys..

Roslinda Nayan Arfah...boleh tak message no. phone.

Norazah Daud i nak byr mcm mana ni.limah tak teks pun.

Roslinda Nayan Sabar ye Azah....nanti Limah sms......

Saniah Salim Kalau tak pakai warna silver blh x?

Rosilah Abdollah alamak..i pun takde baju silver...kalau baju hitam i ada banyak...sebab boleh cover perut sikit hahaha

Roslinda Nayan Ape salahnye sekali2 tukar colour....tak semestinye silver...ala-ala kelabu yg ber "glitters" pun boleh....

Roslinda Nayan Ape salahnye sekali2 tukar colour....tak semestinye silver...ala-ala kelabu yg ber "glitters" pun boleh....

Rosilah Abdollah ok lah...sharod punya fasal...i pi carilah nanti baju ala2 silver gitu....

Roslinda Nayan Thanks dear....gitulaaaa....demi sharod......

Norzila Binti Ani Bila la masa aku nak cari baju wane tuu..sapa bole tolong aku?

Salina Hamdan penat aku pusing melaka nk cari baju kale tu.......huwaaaaaaa......
6 hours ago · Like
Roslinda Nayan Ina....cari jng tak cari....ala...cari yg ala2 grey n glitters....
5 hours ago · Like
Raihan Zaki Yusof Nasib baik hubby aku x join... Kalau x sure panjang jelingan dia kalau nampak aku berglittering..!!!! Opsss....x Cari lagi kain lah...
2 hours ago · Like
Roslinda Nayan Raha....pi cepat cari....nanti abis.....hahaha....berglittering la kite malam tu.....
2 hours ago · Like
Rosilah Abdollah you all nak cari baju silver apa yer, baju kurung ke, blouse ke, jubah ke, evening dress ke...tolong bagi tau sikit....
2 hours ago · Like
Raihan Zaki Yusof Silah... Ko ada idea ke mana nk beli jubah...? Kalau aku pakai kebaya karang..., takut pengsan sume oghang...!!!;)
about an hour ago · Like
Roslinda Nayan Silah: baju ape pun tak pe....janji selesa dipakai .....n....look elegant...
about an hour ago · Like
Roslinda Nayan Raha: ape salahnye pakai kebaya.....
about an hour ago · Like

hehehe......mcm2 kan komen....pape pun aku akan cube yg terbaik....xkesah lah "SILVER GLITTERS" ke x..yg paling penting pada aku..,aku dpat jumpa kwn2 yg dah lama aku nk jumpa kembali...... pd kawan ku LINDA,IMAH,ELLI,ILA dan yg terlibat dlm mengatur kan reunion ni aku ucapkan setinggi2 TAHNIAH atas jasa baik korang semua yg sungguh2 mengatur kan semua nya...aku sayang kamu semua........MUUAAAAAAAHHHHHHHHH...<3

jom masakmasak........!!!!!!!!!!

masak...masak..masak....!!!!!
kena msak gak hri ni..jgn nk ngada2 xnk masak ye..cepat......!!!!!!!!
g masak...........ada yg terase ke...alamak aku jugak yg terasa...huhu.....
xpe2..elok gak sndiri yg terasa...baru lah padan ngan muke.hehe...okey bibik "SRI KASIH"
nk g masak dulu yer.....dh kul 11.15 tkut nnti "BB" balik xsiap lak......smbil bibik ni masak spe yg dtg jenguk ni layan lah dulu lagu2 ni yer......selamat berhibur...


http://www.youtube.com/watch?v=rwRFne44aT0

jgn ada yg smpai x masak lah yer........salam sayang buat semua...........<3

Sunday 20 March 2011

pagi yg indah

assalamualaikum.....salam pagi yg berkat buat semua....seawal 5.30 pg mata ni dh celik...
dgr alunan suara kaset mgaji dari surau..merdu sekali.(tp masih golek2 kat katil gak lg..hehe)en. asben kat sebelah mcm biasa rutin dia sejak +-15 tahun yg lalu subuh nye sebole2 nye di masjid/surau (ALHAMDULILLAH).

en.asben pun dh balik dr surau,berseri dan bercahaya npk muke nye(spe lg nk puji kan klau bukan isteri sndiri...tul x...?)tp itu lah yg aku npk...xleh nk story pnjg2 lah pagi ni..ada urusan yg perlu di buat..apa lg...jd bibik lah...hehe...pape pun aku hepy jer......:))

wokey lah dh pkul 7.10 pagi, jap lg kul 8 dh nk kena kuar rumah.....InsyaALLAH kul 11.30 nnti balik lah yer......pasti hari ni semua nye ada urusan masing2kan...?
muga urusan yg di buat hrini berjln lancar dan berbahagia lah semua nye...

jgn lupa ye utk mdpt keberkatan,sebelum buat apa2 tu bce lah doa
jom kongsi2 doa ni.......

DOA HARIAN UNTUK CARI KEBERKATAN HIDUP

Doa untuk ibu bapa

“Tuhanku, rahmatilah akan ibu bapaku sebagaimana kedua-duanya mendidik aku sewaktu kecil.”
Doa ketika sukar menyelesaikan sesuatu urusan
“Wahai Tuhanku, tidak ada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikannya mudah, dan Engkau menghapuskan dukacita dengan mudah jika Engkau kehendaki.”
Doa ketika keluar rumah

“Dengan nama Allah (dalam keadaan), aku menyerahkan diri kepada Allah, tidak ada daya upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua.”
Doa ketika hendak masuk rumah

“Wahai Tuhanku, bahawasanya aku memohon kepada-Mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk, dengan nama Allah kami keluar. Dan kepada Allah Tuhan kami, kami menyerahkan diri.”
Doa apabila mendapat berita gembira

“Segala puji kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam pujian yang menyamai nikmat-Nya dan menandingi keutamaan-Nya.”
Doa keluar bermusafir

“Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dalam perjalanan ku ini kebaikan dan takwa dan daripada amalan yang Engkau reda”.
“Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkan kepada kami perjalanan ini dan perdekatkan kepada kami jarak perjalanan yang jauh”.
“Ya Allah Ya Tuhanku. Engkau yang menemani di dalam perjalanan dan pengganti
di dalam keluarga”.
“Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada kesukaran dan kepenatan perjalanan serta aku kelihatan sedih serta daripada keburukan ketika kembali kepada harta, keluarga dan anak.”

pilih jelah mne2 doa yg bersesuai ye...muga hari ini penuh keberkatan buat kamu semua.....
SALAM SAYANG DARI KU .......