BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, 10 June 2011

IKHLAS MENGERJA KAN HAJI

Persiapan awal ialah memastikan setiap amalan yang dilakukan mula sekarang hendaklah Ikhlas hanya kepada Allah s.w.t. Setiap perkerjaan dalam kehidupan boleh mendapat ganjaran Allah s.w.t apabila diiringi dengan Keikhlasan. Rujuk Al Quran Surah Baiyinah ayat 5. Keikhlasan memang mudah disebut dengan lisan. Kadang-kadang kita tidak yakin samada kita ikhlas, maka kita lafaskan “ Saya ini Ikhlas”.
Bagi melatih agar perbuatan kita Ikhlas. Cuba kita memberi bantuan kepada mereka yang kita tidak kenal, atau kepada mereka yang kita tidak suka. Mungkin perasaan kita merasakan tidak akan mendapat apa-apa faedah. Islam menyuruh umatnya berlumba-lumba tolong menolong. Maka apabila kita faham bahawa perbuatan kita ini suruhan agama, dengan rela hati kita lakukan.
Marilah kita renungkan keadaan berikut:
• Ada manusia melakukan amalan Wirid kerana ingin supaya perniagaannya beroleh keuntungan yang besar. Maka sentiasa dia melakukan Wirid tanpa ditinggalkan setiap hari dan masa.
• Ada manusia yang solat kerana mengikut pakar kesihatan ada menyatakan bahawa pergerakan badan iaitu berdiri lurus, rukuk, sujud dan duduk tahiyat adalah menepati keperluan pergerakan darah dalam badan. Maka kita solat untuk senaman pergerakan darah dan ingin sihat.
• Ada manusia puasa kerana doktor mengatakan bahawa puasa boleh menyihatkan badan dan mengelakan penyakit. Maka kita pun puasa.
• Ada manusia membayar zakat kerana dengan bayar zakat kita tidak perlu membayar cukai. Oleh itu kita bayar zakat.
• Ada manusia menunaikan haji kerana malu nanti orang kata kita tidak mampu atau menunaikan haji supaya dapat penghormatan manusia.
Manusia sekarang telah ramai yang pandai, selalu berpikiran logik. Akan melakukan sesuatu itu jika mendatangkan keuntungan kepadanya. Memanglah tidak salah perlakuan seperti di atas, tapi kita hendaklah bijak pandai. Misalnya perbuatan tadi jika lakukan kerana perintah Allah, ingin redo Allah, ingin kasih Allah, maka nanti segala yang kita perlukan tadi akan diperkenan Allah dengan Rahman dan Rahimnya.
Jangan pula kita berpendirian bahawa perbuatan kita tidak Ikhlas maka kita tidak mahu melakukan kerja baik. Ini mengambarkan kita berputus asa dengan Allah s.w.t. Kita hendaklah terus buat juga dan kita mengharapkan supaya Allah meletakan keikhlasan dalam diri kita.
Dicatat oleh Haji Mazlan,


PILIHAN MASUK MADINAH DULU ATAU MEKKAH DULU

Bakal haji yang pertama kali ingin menunaikan haji akan tertanya-tanya samada masuk Madinah atau Mekkah dahulu. Madinah dulu atau Mekkah dulu adalah sama kelebihannya tertakluk keadaan bakal haji.
Masuk Madinah dulu:
Bakal Haji yang muda atau yang mempunyai kesihatan dan fizikal yang baik mempunyai kelebihan untuk meningkatkan keimanan dan keislaman dengan melawat makam Nabi Muhammad s.a.w, kesan-kesan sejarah seperti perkuburan Baqi, Makam sahabat, Masjid, Medan peperangan Uhud dan Khandak. Bakal haji akan merasakan sangat berharga dan bernilai Islam dan Iman yang mereka ada kerana untuk sampai Islam dan Iman memerlukan pengorbanan yang besar dari Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Apabila mengerjakan ibadat haji, menghadapi beberapa kesulitan, kesusahan dan dugaan maka teringat Nabi dan sahabat lagi susah dan terseksa semasa mengembangkan Islam di bumi Mekkah. Insya Allah bakal haji akan merasa redo dan bersyukur.
Masuk Mekkah dulu:
Bakal Haji yang lanjut usia atau yang mengidapi penyakit adalah sesuai masuk Mekkah untuk membiasakan suasana Mekkah. Berkesempatan untuk membuat lawatan ke Arafah, Mudzlifah, Mina dan tempat yang bersejarah bagi persiapan untuk haji. Membiasakan melakukan Ibadat Umrah mengikut kemampuan, ibadat lain semasa menunggu hari Wukuf. Kebiasaan bakal haji yang masuk Mekkah akan menaiki penerbangan pertengahan atau akhir ke Tanah Suci. Apabila selesai Wukuf dan sumpurna Ibadat Haji maka sangat sesuai ke Madinah. Madinah adalah Bandar yang selesa dengan kemudahan Hotel yang baik, perjalanan ke Masjid dengan jaraknya yang dekat dan mendatar, tidak menurun dan menaiki bukit seperti di Mekkah. Aktiviti di Madinah adalah melakukan ibadat yang biasa semasa di Malaysia tapi ganjaran daripada Allah s.w.t sangat besar dan perlu menjaga adab-adab.
Dicatat oleh Haji Mazlan,

0 comments: