MENYEDARI DIRI SEBAGAI TETAMU ALLAH
Bakal haji adalah Tetamu Allah s.w.t yang dipilih sendiri olehNya. Sebagai tetamu manusia kita akan hanya akan berada diruang khas yang dipanggil ruang tamu. Sebagai tetamu kita tidak boleh masuk ke dapur atau bilik tidur atau bilik bacaan hatta untuk ke tandas perlu meminta izin tuan rumah. Diruang tamu kita sebagai tetamu tidak boleh membuat sesuka hati. Kita tidak boleh mengubahkan kedudukan sofa atau meja seperti kesukaan kita. Kita tidak boleh menyuruh tuan rumah menurunkan gambar di dinding kerana kita tidak suka. Sebagai tetamu apabila makanan berada dihadapan kita, sebagai tetamu tidak beradap jika terus memakannya tanpa mendapat jemputan tuan rumah. Sebagai tetamu kita tidak boleh marah tuan rumah jika makanan yang dihidangkan tidak mengikut selera kita. Sebagai tetamu yang beradap akan sedaya mungkin tidak menimbulkan kegelisahan dan kebencian tuan rumah.
Fahamlah kita bahawa kita ke Tanah Suci adalah tetamu Allah maka kita tidak boleh melakukan sesuka hati kita. Tidak boleh bercakap mengikut perasaan kita. Tidak boleh merasa marah atau membuat teguran jika suasana atau keadaan tidak menyebelahi kita. Oleh itu kita akan melakukan sesuatu atau percakapan yang baik dan berfaedah, menyebabkan kita disukai oleh Allah s.w.t.
Dicatat oleh Haji Mazlan,
PERSIAPAN DIRI MENJADI TETAMU ALLAH
Alhamdulillah bakal haji akan menjadi tetamu Allah s.w.t . Apabila disebut tetamu Allah s.w.t ini bermakna kita adalah hamba iaitu hamba Allah s.w.t. Kalau hamba kita tidak boleh menentukan syarat atau meminta sesuka hati kita kepada tuannya. Apa yang diberi, hamba akan menerima sahaja dengan taat. Jika tidak diberi apa-apa, hamba tidak boleh marah atau meninggikan suara mendesak meminta.
Hamba tidak mempunyai apa-apa pangkat, kehormatan, gelaran atau hak istemewa. Hamba adalah hamba. Apabila bakal haji telah memenuhi syarat sebagai hamba kepada Allah s.w.t barulah Allah s.w.t memandangnya dengan kasih sayang dan peliharaannya. Hamba akan merasa gembira apabila tuannya memanggil supaya berada dekatnya, bercakap-cakap dengannya. Hamba gembira jika air yang dituangkan dalam gelas diminum oleh tuannya. Hamba sangat sukacita apabila semua kerjanya tidak menimbulkan kemarahan tuannya.
Apabila bakal haji telah berniat Haji atau Umrah maka mulut akan menyebut talbiah.
"Hambamu datang menyahut panggilanmu Ya Allah
Hambamu datang menyahut panggilanmu
Hambamu datang menyahut panggilanmu
Tuhan yang tiada ada sekutu bagimu
Hambamu datang menyahut panggilanmu
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah milikmu
Tiada sekutu bagimu"
MEMPERBANYAKAN AMAL IBADAT
Mekkah dan Madinah adalah dua tanah haram yang menawarkan kebajikan dan pahala berlipat kali ganda. Di Tanah Haram Mekkah akan dapat 100,000 kali kelebihan dan di Tanah Haram Madinah 1,000 kali ganda kelebihan. Ini adalah Tawaran daripada Allah s.w.t. yang tidak ragu-ragu lagi. Apabila berada di duan Tanah Haram rubutlah peluang setiap masa untuk melakukan amal Ibadat dan kebajikan. Antara amal ibadat ialah melakukan Solat Fardu, solat sunat, membaca Al Quran, berzikir, berdoa, beriktikaf, mendengar ceramah (menuntut ilmu). Antara kebajikan ialah menolong orang tidak berupaya seperti orang tua, orang sakit. Bentuk bantuan ialah memberikan mereka keutamaan mendapatkan makanan, menaiki lif, menggunakan bilik air. Kebajikan lain ialah memberi rakan sebilik makanan dan minuman yang dibeli. Membantu membersihkan bilik tidur atau bilik air. Banyak lagi kebajikan-kebajikan yang boleh dilakukan. Semua yang disebutkan di atas akan mendapat pahala berkali ganda. Mungkin kelebihan ini tidak dapat dilihat dan dirasakan.
Mari kita buat perbandingan dalam kehidupan kita. Jika ada orang menawarkan kita bentuk pelaburan yang modalnya kecil seperti modal RM10 dan dijanjikan keuntungan RM 1 Juta. Berebut manusia untuk melabur. Ramai manusia tertipu dengan tawaran dari manusia. Bagi Orang beriman, apabila ditawarkan oleh Allah s.w.t. memang meyakini bahawa Tawaran ini Benar. Maka keuntungan ini akan dapat dimanafaat nanti di Akhirat. Janganlah lepaskan peluang ini apabila sampai di Dua Tanah Haram.
Bagi memudahkan untuk melakukan Amal Ibadat dan Kebajikan di Tanah Suci, mulai sekarang hendaklah kita lakukannya di Tanah Air lagi iaitu dalam kehidupan harian kita. Kerap ke Surau atau Masjid. Jadikan amalan solat sunat, membaca Al Quran, berzikir dan sentiasa berdoa.
Dicatat oleh Haji Mazlan,
Friday, 10 June 2011
MAKLUMAT/PANDUAN HAJI
Posted by inahamdan at 14:01:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Semoga satu hari nanti kita akan menjadi tetamu ALLAH... akak belum pernah dpt ke sana lagi...kata org belum sampai serunya...
Post a Comment